Pages

Thursday, March 8

.Perselisihan.

Bismillah...



Setiap perhubungan yang terjalin pasti disirami dengan tujahan perselisihan. Adakalanya syaitan sengaja memberi tusukan kemaksiatan. Tanpa kita sedari ianya membawa padah andai hati tidak kembali kepada yang menciptakan.

" Kau tak payah nak menipu akulah! Kau saja tak balas mesej aku sebab kau dah bosan dengan akukan?"

" Kau jangan nak menuduh sesuka hati boleh tak! Kau cerminlah diri tu sikit... Kau ingat aku nak sangat lah ber 'sahabat' dengan kau hah!!" 

Nauzubillah.. pernah tak berlaku pergaduhan seperti ini dalam kehidupan kita? Mestilah pernahkan. Lebih-lebih lagi adik beradik. Tapi bila mana pepatah ada mengatakan 'air yang dicincang tidakkan putus', tunggulah beberapa hari. InsyaAllah baik punya.

Sebenarnya saya, pernah mengalami perkara seperti dialog di atas. Tapi tidaklah seteruk bahasa seperti itu. Gaduh orang perempuan.. takkan lah dahsyat macam tu. lebih lagi dengan sahabat keimanan.

Ada dua peraturan dalam persahabatan iaitu pertama adalah serendah ukhwah adalah husnudzon. Manakala yang kedua, setinggi ukhwah adalah ithar.

Ini kisah antara saya dan serikandi umar a.k.a s/u. Saja saya nak bawa kisah ini sebagai ibrah buat readers dan followers saya walaupun seciput tu. Tapi saya tahu, mesti ada yang senyap-senyap baca blog saya kan?? ^^ Tak kisahlah. Terpulang kepada empunya diri.

Siapa s/u? dia sahabat yang persis Umar. Garang hehe. Jangan marah ye s/u. Sejak dua tiga minggu ni, saya tunggu mesej dari dia. Malangnya berbaur hampa. Mulalah syaitan ni cucuk-cucukkan hati ni. Sudah fikir yang bukan-bukan. Tiba-tiba..

" Salam..nt maaafkan ana tak balas. Busy. Soalan yang sama. Bila nt nak balik? Ana nak share dengan nt macam-macam. Malas nak tulis panjang-panjang." 

..........contact hati..............^^

" Insya-Allah bulan 4 ana dah balik. Alah, tulis je. ana sanggup baca. "

" Tak nak. Nak cerita jugak "

" Huh, degil eh. Yelah nanti ana spent masa bila turun Johor "

Perbualan yang berbunga ceria + mekar bak bunga sakura yang sedang mengembang di Knightswood Park. Saya tidaklah mengatakan yang si s/u ni best friend saya. Hakikatnya, jika kita seorang mukmin, kita ibarat binaan batu bata yang kukuh andai kita membina diri dengan mukmin yang lain. Orang sekolah luar saja yang 'bff' ni. Tapi kita, siapa yang membawa saya mengenali Allah dialah sahabat special saya.

Di sebalik keindahan persahabatan kami pernah diganggu syaitan laknatullah yang cuba memutuskan tali yang telah diikat kukuh ini. Kami mula mengenali peribadi masing-masing semasa di tingkatan empat. Semasa kursus staff sarjan. Mungkin sebab karakter berbeza yang melahirkan chemistry yang kamcing. Macam orang bercinta pula.

Tibalah saat kemuncak persahabatan kami diuji. Masih lagi teringat akan tarikh itu. Sehari sebelum tamatnya SPM. Pergaduhan yang besar antara saya dan dia. Antara kami bermacam rahsia yang kami simpan bersama. Walaupun kepimpinan sekolah, ada masanya kami nakal juga. Ya mungkin saja, lagaknya seperti seorang detektif, macam-macam selok belok sekolah kami tahu.

Sampailah satu tahap, saya ingin menyelesaikan satu masalah tanpa memberitahu dia dan berlakunya perselisihan antara kami. Hari itu, saya dan dia berpuasa.  Saya rasa yang dia macam semacam. Saya pun tanya " s/u, nt okay tak?" . Dan dia menjawab, " nt kisah ke kalau ana ok ke tak!" nada lembut + tegas+ sedih. Macam-macam lagilah. Saya pun pelik dan tak faham.

Malam itu, kami tak bertegur sapa. Ya, selalunya saya dan dia akan tidur bersama tetapi tidak malam itu. Rasa sedih tu memang dah tahap giga. Bayangkan, esok adalah paper yang terakhir untuk SPM. Esok jugalah hari perpisahan kami. Takkan nak biar macam tu aje. Sedangkan sudah dibina beberapa tahun? Arghh.. memang malam itu, saya tak dapat tumpukan pembacaan.

Sebelum tidur, saya capai handphone dan berbalsa SMS dengan dia. Mujur dia tak tidur lagi. Saya pun terangkan apa yang berlaku. Waktu itu memang saya merendahkan ego dengan meminta maaf dan berharap dia kembali seperti sebelum ini.

Saya balas padanya, " Nt sendiri kenal ana. Ana takkan buat sesuatu keputusan tanpa meminta petunjuk Allah. Al-quran dah ana rujuk. Harap nt faham.."

Esoknya, saya bangun pagi rasa mata ni berat. menangis...
Tapi saya amat yakin yang bila mana hubungan itu kerana Allah, pastinya akan mengahasilkan sesuatu yang luar biasa.

Pagi itu, alhamdulillah kami banat mengadakan qiam jamaie. Saya lihat ke kiri dan ke kanan. Dia tiada. Hati ini di gagahkan, kaki melangkah ke dorm s/u. Semasa saya menjenguknya, ketika itu dia baru sahaja hendak mengangkat takbir untuk tahajjud. Saya menepuk bahunya. Dia menoleh. Wajahnya kemerahan, mata juga ditakungi air. Hatinya sepeti hatiku..sedih.

Semasa qiamullail, saya berdoa pada Allah agar hubungan kami pulih. Terasa amat perit bila berenggang. Terasa hati ini dihiris-hiris sembilu. Kaki yang melangkah pula seolah memijak duri di jalanan.

Syukur kepada Allah, pagi itu lagak kami seperti biasa. Satu pertanyaan yang membuatkan bibir mengoyak senyuman...

" Ana nak belajar dengan nt boleh tak?" Terharu rasanya. Saya pun terus melupakan apa yang berlaku semalam. Hati saya girang sebabnya SYAITAN kalah. ^^

Jadinya, peliharalah persahabatan yang dibina itu. Adakalanya kita perlu berdiam diri bila perselisihan berlaku. Sebabnya boleh jadi apa yang diperkatakan bisa mengundang kemarahan orang lain. Dan.. perlu juga kita bercakap benar walaupun ia pahit .

" qulil haqqa wa lau kaana murran "

Jangan diikutkan hati yang diamuk kemarahan jika ingin meleraikan simpulan yang terpintal. Cuba check balik diri kita.. Kalau saya, amat sukar nak capai tahap ithar sedangkan husnudzon pun tak sampai seratu peratus. Apa-apa pun berbalik kepada yang Maha Esa. ok! ^^

selamat beramal ikhlas keranaNyA..

No comments: