Pages

Sunday, March 18

.Sebatang lidi.

Bismillah...


Pernah seorang junior berkata,
" Ana seperti lidi. (*Jari di petik menghasilkan bunyi). Mudah patah bila seorang. Tetapi bila mana batang-batang lidi itu dikumpulkan membentuk sebuah penyapu. Terus sebatang lidi menjadi kuat. Tak mudah patah."


Saya tahu, Allah menguji saya bergerak sendirian. Di tengah-tengah bumi Scotland. Bukan mudah sebenarnya. Sangat sukar. Mungkin kamu tidakkan faham. Tapi itu yang mampu saya luahkan.

Kebanyakan sahabat saya, bersungguh dalam menuntut ilmu kala Allah memberi cuti yang amat panjang kepada kami.

Perit.

Ingin melakukan Qiam? Bangunlah sendiri. Tiada yang mengejutkan.

Ingin murajaah al-Quran? Bacalah sendiri. Tiada siapa yang paksa.

Ingin mencari Ilmu agama? Layarilah internet. Tiada di sekeliling.

Ingin pergi Usrah? Pandai-pandailah usaha sendiri. Diri sendiri nak, diri sendiri cari.

Kala saya di sini, saya pelajari ilmu berdikari. Berfikir sendiri. Semuanya sendiri. Dan saya cuba memahami diri sendiri.

Yang lain, lebih belajar tentang alam kehidupan. Tentang ilmu hati manusia. Tentang panorama musim yang diciptakan Allah buat hambaNya. Juga kehidupan orang bukan Islam itu sendiri. Kasihan mereka...

Sejujurnya, saya amat merindui hidup berjemaah. Saling munguatkan. Saling menasihatkan di jalan kebenaran. Saling cinta mencintai kerana Allah.

Hati ini merintih. Terasa amat berdosa. Sangat-Sangat berdosa. Tak layak rasanya untuk masuk ke SyurgaNya. Namun tak pula aku mampu jejak ke NerakaNya.

Ya allah, ampukan aku andai aku punya banyak khilaf. Kurniakan daku kekuatan tulus DariMu.
Lorongkan aku tetap di JalanMu Ya Allah, Jangan kau pesongkan hatiku setelah Engkau memberi Hidayah petunjuk kepadaku. 
Aku pohon Ya Allah...

No comments: