Little Dai'e terus melangkah,
Muka bumiNya terus diredah,
Walau tubuh letih dan lelah,
Kepada Allah aku berserah!
Tempat yang ingin dituju ialah Stirling Castle. Tempat di mana ramai pahlawan Scottish disemadikan. Binaannya, amat mengagumkan. Warna coklat-coklat merah berbata. Cukup Unik.
Kalau nak masuk muziumnya perlu bayar.. luar pun cukuplah.
pandangan castle dari bawah bukit.
Selepas itu kami ke Wallace Monumen. Tetapi tempatnya di atas bukit. perlulah mendakinya.. sabar ye kasut. terus bertahan. Sudah macam junggle trecking dah. Redah bukit, redah hutan, redah salji.. alhamdulillah masih hidup.
Saya fikirkan ada kuda di castle ni. Malangnya tiada. Tinggal harapan. Cuma sepanjang perjalanan ke Stirling, banyak juga kandang kuda yang teramat luasnya. Senang kuda tu nak main lari sana sini agaknya. (impian punya kuda sendiri buat generasi akan datang) Dua kali ganda besar padang sekolah Hidayah, cuma ada dua ekor kuda saja. Huhu.. memang di Scotland penuh dengan landskap yang hijau panoramanya.
Wallace monumen
saya sudah tiba.
Allah memberi manusia akal untuk digunakan sebaiknya. Sudah berapa peratus akal yang telah kita gunakan?
Kemenangan Islam perlu adanya strategi. Sedangkan Sultan Muhammad Al-Fateh amat mengetahui serba serbi kotanya. Walau seinci maklumat. Kita??
No comments:
Post a Comment