Pages

Thursday, March 22

.Takdir dihujung usaha manusia.

Bismillah...



Nafas dihela. Seperti yang dijangka namanya tidak tersenarai pada skrin layar dewan Al-Qadisiyah. Tempat dimana julung-julung kalinya telah menyaksikan air muka para pelajar tiap kali perhimpunan. Dan kali ini bagi merasmikan keputusan yang diperoleh kesemua calon SPM 2011.

Seramai 12 orang sahabat seperjuangannya memperoleh straight A's. Alhamdulillah. Dia berasa bangga dengan kejayaan sahabat-sahabatnya. Walau dia tidak tergolong dalam kalangan mereka. Usah dimimpikan menjadi kenyatan. Jauh sekali untuk setanding dengan mereka.

Dengan kalimah tasbih terus-terusan meniti di lidahnya. Selagi slip peperiksaan itu belum mencecah ke tangannya, selagi itu takdir bisa merubah arah hanya dengan tembakan doa. Kerna takdir itu juga di hujung usaha manusia.

Kini tubuhnya sudah berada di hadapan meja pengambilan slip Sijil Peperiksaan Malaysia. Nama disebut. Sementara menunggu Ustazah menyerahkan, debaran di hati hanya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati.

Tangan dihulur menerima slip keputusan. Dengan lafaz Bismillah dia melihat satu persatu gred subjek yang diperolehi.

" Satu A, Bahasa Melayu "


" Dua A, Bahasa Inggeris ". Tersenyum.

" Tiga A, Sejarah "


" Empat A, Matematik "


" Lima A, Pendidikan Quran dan Sunnah "

Dilihatnya kali kedua dan ketiga. Tiada.

Matanya melirik ke bahagian dua matapelajaran yang paling di bawah. Pendidikan Syariah Islamiyah dan Bahasa Arab Tinggi.

" Allah...kedua-duanya B+ " Hati mula mempersoalkan. Mengapa?? Lebih lagi matapelajaran yang paling diminatinya. Juga bidang yang bakal diambil kelak.

Dia tidak kesalkan keputusannya yang memperoleh 5A tetapi yang dikesalkan kedua-dua subjek itu. Kala itu, sepertinya tiada petunjuk ke arah mana bidang yang perlu di ambil.

Apapun, dia bersyukur dan redha dengan ketetapan yang ditentukan olehNya. Dia akui ketika dahulu, dia merupakan kepimpinan yang tidak tahu bagaimana untuk membahagikan antara tugasan belajar dan jawatan yang disandang. Akhirnya dia terkandas dan tersungkur di medan belajar.

Apa yang ditakutinya telah terjadi. Mungkin saja dia sudah menjadi fitnah kepada kepimpinan itu sendiri. Hakikat penanggungan menjadi seorang ketua tiada siapa yang dapat memahami selain Dia. Beratnya langkah seakan menghimpit dada dan menyebabkan tubuh ini tidak berdaya menanggung nama sebagai seorang Timbalan *******.

Semasa sibuk di gelanggang kepimpinan, dia selalu sedar kudratnya dalam pelajaran amat lemah sekali. Dia bukan pelajar yang genius. Dia bukan pelajar yang mampu menjadi contoh buat semua ahli bawahannya dalam kepimpinan. Sebab itu, tiap kali ucapannya di khalayak ramai suaranya seakan menahan tangis dalam diri.

Jujur, dia sangat takut untuk menjawab persoalan di hadapan Allah kelak. Pastinya orang yang dipimpin tidak merasai apa yang dia rasai. Cuma yang mereka tahu memuji dan mengkritik pimpinan mereka sendiri.

Mungkin dia bisa menyerahkan sijil aktviti yang dia lalui sepanjang di sekolah yang telah mencecah 30 lebih sijil. Tetapi apakah itu yang akan diminta olehNya?

Tidak... Sama sekali tidak.

Jila dahulu, siapa sahaja yang menyandang jawatan tertinggi di sekolah pasti keputusannya cermelang plus terbilang. Tetapi tidak pada seorang Akh Abdullah ( Bukan nama sebenar ).

Akh Abdullah merupakan Ketua Pelajar setahun tua darinya. Orangnya cukup sibuk. Sungguh kelihatan pergerakannya ke sana ke mari saban hari. Kala keputusan SPM keluar, kurang memuaskan. Tetapi pada pandangan guru, beliau cukup hebat walau begitu keputusannya.

Sepanjang berada dalam bidang kepimpinan hatinya selalu merintih " Aku takut untuk menjadi seperti dia. Aku tak kuat "

Kini, seakan dialah yang mewarisi keputusan seperti Akh Abdullah itu.

Perit. Mungkin seperti itu yang dirasakannya.

Bukan bermakna dia menyalahi takdir Allah, cuma dia merasakan amat berdosa berbicara dikhalayak ramai namun diri sendiri tidak dapat dikendali.

Slip di tangan ditenung lama.


Apa dosaku? Apakah amanahku masih belum terlangsai? Apakah yang menghijab aku? 

Dia membedah amalnya. Pusing. Dia tidak dapat menyimpulkannya.

Memandangkan flight ke Penang pada hari itu juga. Dia tidak menetap lama di sekolah. Alhamdulillah..

Dia mungkin tidak kuat bagi menghadapi ratusan pelajar junior yang pastinya akan bertanyakan keputusannya. Mungkin dia mampu tersenyum. Tetapi hati yang menangis tiada siapa yang tahu.

Dia akui, betapa Allah memberikannya ketenangan yang amat amat luar biasa pada hari itu. Sedikit pun air matanya tidak melimpah dari empangan tubir mata. Sungguh dengan ketenangan itu, Allah mengujinya.

Malam itu, dia mematikan handphone. Tidak mampu baginya berbicara dengan ibubapanya.  Tidak mampu menjawab panggilan saudara mara.

Namun dia bersyukur Matematik tambahannya mencapai gred yang tidak prnah dia membayanginya. " B ". Sepanjang berada di tingkatan lima,  dia hanya memperoleh gred G tiap kali peperiksaan. 'G' nya bukan calang-calang 'G'. Antara ranking yang paling teruk. Walau hampir saban hari dia menghadap latihan subjek tersebut. Cuma, akhir-akhir sebelum tibanya hari peperiksaan Allah seakan membuka hijab satu persatu.

Jika disukat air mata yang keluar kerana subjek ini, pastinya sudah 'one litre of tears'. Satu-satunya subjek yang yang dia tidak punya kekuatan melihat lama-lama wajah kesungguhan gurunya itu. Pasti nanti ada yang terkena jangkitan selsema.


Semasa di dalam flight ke Penang, dia mula mengimbau saat kesibukannya dalam bidang kepimpinan yang mungkin juga tersenarai antara virus yang mencacatkan pembelajarannya. Namun, dia akui dia cukup kagum mereka yang mampu mengimbangkan antara keduanya dengan baik.

Matanya dipejam. Dulu..

Pernah dia terlewat masuk ke kelas kerana menghadiri meeting pada waktu rehat. Lambatnya cuma lima minit. Guru tersebut berkata padanya.

" Tak kiralah anti ni Timbalan Ketua ke, Pengawas ke, apa ke. Masa belajar jangan diadukkan dengan masa meeting. Anti dah lambat lima minit masa Ustazah. Kalau ikutkan pengtua dia tetap tak bagi adakan meeting." Ustazah berbicara tanpa memandangnya.

Tersentap jantung ditegur begitu. Hati mana yang tidak bergetar mendengarkan seorang guru berkata begitu? Merekalah ibu kita di sekolah. Dia hanya mampu senyap. Tidak berani melawan.

Sedih. Amat sedih.

Jarang sekali waktu rehat, dia menjamah makanan. Setiap kali sahabatnya mengajak, pastinya lidah amat berat untuk menolak dan berkata.. 'Ada meeting'

Hidupnya sentiasa dalam dilema. Sedangkan tiap kali meeting, pasti dia akan meminta izin keluar awal daripada meeting. Tika itu juga guru yang mengetuai mula berubah wajahnya.

Pernah Ustaz berkata, " Kalau anti keluar, semua pun patut keluar ". Hanya kata maaf yang terluah.
Allah..

Tanpa sedar air matanya keluar juga. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Yang mana perlu diutamakan, seharusnya dia perlu bijak menanganinya.

Dia perlu kuat untuk mendukung Agama Allah. dia tahu ini hanya ujian kecil buatnya. Ada yang lebih besar menjengah ruang kehidupannya. Cuma belum masanya.

Sesungguhnya dia meyakini takdir Allah itu adalah yang terbaik buatnya. Juga tentunya ada hikmah yang belum tersingkap.


Dia yakin itu
Ihfazillah
Allahu yahfazka

2 comments:

Anonymous said...

masyaallah . hebad nye insan ini .

nahmri. said...

Hanya Allah yang mengetahui. Perit.. ^^